Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Maklumat Tentang Kad-i Bank Islam

 


Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berteraskan Kontrak Syariah dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia. KBI adalah kad yang bebas dari riba dan gharar.

Riba biasanya diterjemahkan sebagai “faedah” iaitu amaun lebihan yang dicajkan ke atas sebarang transaksi urusniaga yang melibatkan perak, emas dan wang. Gharar ialah ketidakpastian atau keraguan, dan elemen ini tidak terlibat di dalam KBI memandangkan keuntungan maksima telahpun dijelaskan terdahulu.

Pusat Kad Bank Islam beroperasi berteraskan konsep Syariah yang dikenali sebagai Konsep Tawarruq.


Tawarruq
Tawarruq ialah ialah membeli barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh (kos + untung) dan menjualnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah kepada pihak selain daripada penjual asal.

Secara umumnya, tawarruq dan bai’ ‘inah mempunyai objektif yang sama, iaitu bertujuan mendapatkan hasil tunai daripada transaksi jual-beli, tetapi berbeza dalam 2 aspek iaitu ; pertama, bai’ ‘inah tidak melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli (aset/komoditi), di mana tawarruq melibatkan penglibatan pihak ketiga. Kedua, aset yang terlibat dalam jual-beli bai’ ‘inah akan dikembalikan semula kepada pemilik asal, manakala proses itu tidak terlibat langsung dalam tawarruq.
 

Kelebihan Utama Kad-i Bank Islam

  • Tiada yuran tahunan

  • Tiada caj kewangan berganda

  • Tempoh 20-hari pengecualian caj kewangan

  • Perlindungan Takaful percuma ke atas baki tertunggak bulanan

  • 0.3% rebat tunai atas pembelian runcit

  • Kadar rendah pindahan baki

  • Kadar rendah pengeluaran tunai

  • 40 % diskaun fi penulisan wasiat

  • Mematuhi kehendak Syariah sepenuhnya
     

Pencapaian Kad-i Bank Islam

  • Kad-i Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM (2010)

  • Kad-i World MasterCard pertama bercirikan Islam yang pertama di Asia Pasifik (2009)

  • Anugerah Peningkatan Jualan Tertinggi Visa Kredit (2009)

  • Anugerah Platinum ‘Marketing Leadership’ untuk ‘Best E-Commerce Related Initiative’ MasterCard Asia Pasifik (2006)

  • Kad-i Platinum MasterCard bercirikan Islam yang pertama di Asia Tenggara (2006)

  • Pengeluar & Pemeroleh Kad yang pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan MasterCard SecureCode (2005)

  • Kad-i Kredit Visa SmartChip bercirikan Islam yang pertama di Asia Pasifik (2003)

  • Pengeluar Kad yang pertama melaksanakan ‘Global Clearing Management System’ (2002)

  • Kad Pertama yang menepati EMV 2000 oleh MasterCard International (2002)
     

Pusat Kad Bank Islam (“PKBI”) juga menawarkan pelbagai saluran pembayaran dan servis kepada semua Ahli Kad. Ahli Kad boleh membuat pembayaran melalui ;

  • Auto-Debit daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa Bank Islam

  • Perbankan Internet

  • Perbankan SMS

  • Mesin Deposit Tunai di semua cawangan Bank Islam seluruh Malaysia

  • Cek tunai kepada PKBI

  • Deposti Tunai / Cek di semua cawangan Bank

  • Kemudahan Interbank GIRO

Salah satu ciri istimewa KBI ialah setiap Ahli Kad layak mendapat Pelan Perlindungan Takaful Percuma berserta Khairat Kematian. Pelan Takaful ini menawarkan penyelesaian baki tertunggak KBI dan juga membebaskan waris daripada sebarang beban kewangan yang ditinggalkan oleh Ahli KBI. Disamping itu, KBI menawarkan pelbagai kelebihan, kemudahan lain yang menarik jika dibandingkan dengan kad kredit konvensional yang lain.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.